Wednesday, February 6, 2008

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, saya dengan berbesar hati ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat semua di kalangan pengunjung berbangsa Cina di Malaysia.

Saya amat mengharapkan agar sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dan dapat disambut bersama-sama oleh semua rakyat malaysia sama ada dari kalangan masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Sebagai perayaan terbesar bagi masyarakat Cina, Tahun Baru Cina sudah pastinya merupakan satu titik permulaan dalam kehidupan mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan yang lebih baik. Maka pastinya sambutan tahun ini wajar disematkan bersama satu semangat baru kepada semua rakyat Malaysia sebagai usaha untuk membentuk BANGSA MALAYSIA yang bersatupadu, adil dan harmoni

Selamat menyambut Tahun Baru Cina... Semoga tahun ini menjanjikan kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua terutamanya kepada rakan-rakan dari kaum Tiong Hua...

AHMAD SHAHIR BIN ABDUL AZIZ
JURUCAKAP
PRO MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

No comments: