Wednesday, February 20, 2008

PARTI MAHASISWA NEGARA: SIAPAKAH YANG BAKAL MENENTANG PAK LAH DI KEPALA BATAS?



Parti Mahasiswa Negara (PMN), tetap bertegas akan menghantar calon untuk bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas.

Kenyataan itu dibuat melalui Presidennya, saudara Azlan Zainal di laman web harakahdaily hari ini.

Walaupun rundingan dengan parti-parti pembangkang yang lain masih berjalan, beliau tetap bertegas akan membariskan calon PMN untuk bertanding di kerusi tersebut.

Walaubagaimanapun persoalannya. siapakah calon favorite yang mahu diketengahkan oleh PMN?

Menurut Azlan, PMN membayangkan untuk meletakkan calon yang terdiri daripada kalangan graduan dan bukannya mahasiswa yang masih menuntut.

Beberapa nama yang disebut-sebut bakal ‘beradu tenaga’ dan akan menggalas tanggungjawab selaku calon ‘sulong’ parti tersebut ialah Hisommuddin Bakar, Amin Idris, Zainulfaqar Yaacob, dan Nazree Yunus.

Penentuan calon juga adalah penting sebagai gambaran bahawa PMN serius bertanding, bukan sekadar gimik politik.

Namun apapun, kita masih menanti pengumuman beliau. Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal dicalonkan ialah:

CALON PERTAMA


AMIN IDRIS dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak. Beliau merupakan pelajar lulusan pengajian Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama.

Memulakan awal persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu pada 1988. Pada 1989 hingga 1990 beliau bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas. Pada 1991 beliau sekali lagi bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Bharu. Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang adalah sekolah rendah terakhir beliau pada 1992 hingga 1993.

Pencapaian kokurikulum yang diperoleh beliau semasa di sekolah rendah adalah pertandingan menyanyi Bintang RTM Peringkat Negeri Kelantan. Selain itu, beliau juga menyertai Pertandingan Melukis Negeri Kelantan dan menyandang Naib Johan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pengakap.Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah, Pasir Pekan dari tahun 1994 hingga 1998. Pencapaian semasa beliau di sekolah menengah adalah:

1. Naqib Usrah 1996 hingga 1998.
2. Timbalan Presiden Badan Dakwah dan Tarbiah 1997.
3. Presiden Badan Dakwah dan Kepimpinan 1998.
4. Exco Tugas-tugas Khas Badan Pengawas.
5. Wakil Daerah Sukan Badminton.
6. Wakil Daerah Sukan Bola Tampar.
7. Wakil Sekolah Sukan Ping Pong.
8. Presiden Kelab Seni Khat.
9. Anugerah Kepimpinan Sekolah 1998.
10. Vokalis kumpulan nasyid sekolah dari tahun 1996 hingga 1998.

Semasa menyambung pengajiannya di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Amin Idris memegang jawatan Setiausaha Impresi Seni (G’RIMIS) pada tahun 1999. Selain itu, beliau memegang jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Matrikulasi UIAM pada tahun 2000.

Ketika di UIAM Gombak, beliau aktif dalam kegiatan aktiviti kemahasiswaan dan giat menulis dalam menyuarakan pendapat dan pandangannya. Beliau dikenali sebagai seorang yang lantang dan kritis apabila memberi pandangan samada ketika secara lisan mahupun dalam penulisan beliau.

Berpengalaman sebagai wartawan sambilan, aktif menulis di akhbar-akhbar harian, majalah dan laman-laman web. Siswazah undang-undang UIA ini mempunyai pengalaman luas dalam menganjurkan program dan melatih dalam bidang kepemimpinan remaja dan belia.
Kini, Amin Idris adalah Pengurus Eksekutif merangkap jurulatih penulis dan penceramah di RK Training & Management.

Telah menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti; RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, PDA Pemimpin Wibawa dan PDA Mesyuarat Berkesan.

Amin Idris juga menulis skrip untuk TV Pendidikan dan menjadi pengacara di rancangan-rancangan TV Pendidikan.Pada masa yang sama, aktif dalam industri muzik sebagai salah seorang anggota kumpulan DeHearty yang membawa alunan motivasi muzikal.

CALON KEDUA


HISOMMUDDIN BAKAR merupakan anak jati Kedah Darul Aman. Beliau merupakan mantan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2000/2001 setelah berjaya memenangi Pilihanraya Kampus pada ketika itu atas tiket Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Ketika di kampus, beliau juga merupakan Ketua Umum dan Jurucakap GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (GMUM) .

Setelah Menghabiskan pengajiannya di sekolah, beliau telah melanjutkan pengajian di Pusat Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Kampus cawangan Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Siasah Syar’iah.

Setelah berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama, beliau telah menyambung pengajiannya di peringkat sarjana (master) dalam bidang Politik dan Strategik Ketenteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hasil daripada keringat kejayaannya sebelum ini, beliau telah ‘dipelawa’ dan dilantik sebagai setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau kini juga merupakan seorang blogger yang terkenal.

CALON KETIGA


ZAINULFAQAR YAACOB Al-Mashoori dilahirkan pada13 Mei 1983 di Hospital Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau juga dikenali sebagai “Pakaq”, dikalangan teman-temannya.

“al-Mashoori” juga bukanlah nama keturunannya tetapi adalah laqat bagi tempat pengajiannya iaitu di SMKA Al-Mashoor (Lelaki).

Pernah dipecat daripada jadi Ketua Umum (KU) Badan Tertinggi Pelajar kerana mempertahankan diri daripada dipukul oleh samseng-samseng “jadian” di sekolah.
Alhamdulillah, sesungguhnya Tuhan Maha Kaya.

Walaupun dipecat, telah membawanya menjadi “best student” sekolah ini dengan 5 Prinsipal dan ditakdirkan masuk di Universiti Malaya Kuala Lumpur dengan tiket STPM. Di sini, beliau mula mengenali “sejarah” Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Paduka Husam Musa, Muhammad Husin, Roslan Kassim, Dato’ Ahmad Zahid Hamidi dan banyak lagi.

Mereka yang hebat-hebat di pentas masing-masing rupa-rupanya adalah aktivis MAHASISWA Malaysia. Beliau berniat menjadi aktivis Mahasiswa dan beliau juga mempunyai kisahnya yang tersendiri tentang MAHASISWA Menggugat dan Universiti Malaya…

FALSAFAH HIDUP
“Menjadi bangsa Malaysia yang bertaqwa”
BIODATA SDR. ZAINULFAQAR HJ. YAACOB
Tarikh Lahir
13 Mei 1983
Tempat Lahir
Hospital Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Latar belakang Pendidikan
Universiti Malaya Kuala Lumpur (Julai 2003 - Disember 2006)
SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang (1996-2002)
SK Kebun Sireh, Bukit mertajam, Pulau Pinang (1990-1995)

Pengalaman

Setiausaha Khas Jabatan Presiden PMIUM (2003-2005)
Jawatankuasa Kerja Solidariti Mahasiswa Malaysia (2004-2006)
Jawatankuasa Unit Undang-Undang PMIUM (2005)
Ketua Balai Islam, Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya (2003)
Ketua Umum Badan tertinggi Pelajar (2001-2002) - kemudian dipecat.
Timbalan YDP Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (1997-1998) - peringkat sekolah
Posisi Sekarang
Calon Ijazah Sarjana Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Hasilan Akademik

Gerakan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Sejarah dan Cabaran Di Awal Abad Ke-21 (1956-2006) - Nov. 2006
PERHUBUNGAN
Sdr. Zainulfaqar Hj. Yaacob
6571, Kampung Siam,
Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam,
PULAU PINANG.
No.Perhub. : +6019-4241583
Email : zainulfaqar_yaacob@yahoo.com | zainulfaqar@hotmail.com

CALON KEEMPAT


NAZRI YUNOS dilahirkan pada 8 September 1984, Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (Bioteknologi) Universiti Malaya.

Semasa di kampus, beliau merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Pengalaman

KO-KURIKULUM Universiti: Timbalan Pengerusi 1, Exco Tugas-tugas Khas Majlis(PMIUM) 2005/2006 Presiden PersatuanPerwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), 2005. Presiden Kor Sukarelawan PolisMahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS), 2005. Presiden Lajnah Sains Gunaan denganSiswa/wi Universiti Malaya (SUKSIS), 2005. Menyertai Pertandingan Forum Bahasa Melayu IPTA, 2005Pengajian Islam, 2005. Pengarah Program Hari Interaksi PERMANIS bagi pelajar baru,(Tempat Ketiga). Menjadi Sukarelawan Profesional Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam2005. Menyertai Petandingan Debat ASTAR, Universiti Malaya,Malaysia (YPEIM), 2004.  Pengarah Program Hari Raya bersama Anak-anak yatim PERMANIS, 2004. 2004. Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (PMAPIUM,NP), 2002.

Kerjaya Kini:

Beliau kini merupakan Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda dan Pegawai Program & Latihan Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA).

No comments: