Wednesday, May 7, 2008
DISOAL SIASAT PEGAWAI POLIS DI IPD BRICKFIELDS
Semalam, saya dan saudara Mohd Hilman Bin Nordin yang juga merupakan Exco Kebajikan & Luar Kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah disoal siasat oleh beberapa orang pegawai polis dari bahagian Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur.
Siasatan tersebut dijalankan bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Menurut pegawai berkenaan, keterangan kami sangat diperlukan bagi membantu siasatan berhubung isu kebakaran Bangunan Peperiksaan (BP) dan Kompleks Perdana Siswa (KPS) baru-baru ini.
Ini merupakan pengalaman kedua saya disoal siasat pegawai polis dari IPD yang sama. Kali pertama adalah berhubung isu pilihanraya kampus yang lalu, dan pada kali ini pula adalah berhubung isu kebakaran BP dan KPS. Walaubagaimanapun setakat ini tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dan proses siasatan semalam berjalan lancar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Menjadi adat setiap perjuangan itu penuh dengan onak dan ranjau, moga saudara terus tegar memperjuangkan hak mahasiswa. Andalah pemimpin negara pada masa depan..
Terima kasih kerana memberi komen dalam blog saya. Sebenarnya kerajaan kita sekarang ni dah semakin hilang tumpu dalam membangunkan negara kerana bimbang akan kedudukan mereka beberapa tahun lagi. Tambahan lagi, krisis makanan dunia yang sedang melanda malaysia. kalau tidak dapat dikemudi dengan baik maka bertambah bencilah rakyat terhadap mereka. berkaitan dengan post saudara, saya juga seorang siswa di UMS, bagaimanapun saya bukanlah anggota Majlis Perwakilan Pelajar. Sebagai seorang pemimpin, saudara haruslah bijaksana dalam masa dan dalam segala keputusan, kenyataan yang saudara keluarkan. Semoga berjaya.
Isu seperti kebakaran bangunan Universiti dianggap seperti perkara biasa bermula pada era 1999 lagi. Mungkin itu semua helah politik yang bersifat sabotaj untuk menakutkan mahasiswa supaya jangan bergiat aktif.
Faisal
(faisalabdaziz.blogspot.com)
Assalamualaikum saudara Shahir,
Pertamanya saya ucapkan terima kasih atas komen saudara di dalam blog saya. Tahniah juga diucapkan kepada saudara yang merupakan seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Saya bukanlah seorang yang bergiat cergas dalam bidang perwakilan pelajar di waktu menuntut di universiti dahulu, mungkin kerana tidak cukup kebolehan untuk menyeimbangkan tugas seorang pelajar dan ahli majlis tertinggi. Suka saya ingin berkongsi pendapat mengenai artikel saudara mengenai kebakaran di UM. Hal ini terjadi boleh disebabkan oleh banyak kemungkinan. Hasad dengki, perasaan tidak puas hati ataupun ada balaci yang menangguk di air keruh. Namun ada satu sebab yang amat saya kesali jika ia merupakan dajal utama dalam kebakaran itu, iaitu politik di Universiti. Sebagai seorang bekas pelajar, saya lebih suka mengingatkan adik-adik saya yang masih menuntut supaya tidak terlalu taksub dengan politik, mahupun di Universiti ataupun dalam negara. Bukan tidak boleh berpolitik, namun jangan TAKSUB!
Ada banyak kelebihan berpolitik di usia muda. Lebih banyak keyakinan kita untuk berucap di khalayak ramai, lebih terbuka kita menerima kritikan, lebih matang kita menangani masalah, dan lebih bijak kita mengatur masa. Namun semua yang berkebaikan di selangi dengan harga yang perlu dibayar. Ramai rakan-rakan saya terkandas di pertengahan pelajaran mereka kerana terlalu taksub berpolitik hingga sampai ditahan di lokap selama beberapa hari. Mereka sibuk melaungkan ketidakadilan sistem perundangan, kerakusan kerajaan dalam mentakbir, namun mereka selalu lupa akan tanggungjawab mereka sendiri.Apa tujuan kita di institusi pelajaran tinggi? Untuk apa kita berada disitu? Apa harapan ibu bapa kita? Sedih melihat rakan-rakan yang hebat melaung slogan "tegakkan keadilan" dan "kerajaan zalim!" dahulu, kini terumbang ambing menjalani kehidupan. Tiada lagi kedengaran suara gagah mereka untuk berhujah mencabar sistem. Sayang sungguh bakat yang hebat hilang kerana tekanan kehidupan kini.
Bukan saya mengkritik, cuma mengigatkan kepada semua mahasiswa/siswi supaya sentiasa fokus dalam pelajaran terlebih dahulu, barulah kita bertikam lidah di medan politik. Jika sudah mengenggam apa yang dicita, maka lapangan terbuka luas untuk anda mentafsirkan pendirian sendiri dan di situlah segalanya bermula. Masih ingat lagi bagaimana Anwar Ibrahim bermula sebagai seorang mahasiswa menjadi nama besar di bidang politik.
Terima kasih.
Mohd Fadly Nor Azman
Post a Comment