Friday, May 2, 2008
APABILA PERANAN BLOG MULA DIIKTIRAF
Saya tertarik mengenai laporan utusan online semalam berkenaan blog Tun Dr. Mahathir yang baru sahaja dibuat(sila rujuk www.chedet.com). Nampaknya peranan blog sudah mula diakui dan diiktiraf setelah sekian lama dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Masakan tidak, kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen kerajaan baru-baru ini juga berpunca daripada media alternatif seperti blog dan website.
Namun, untuk menjadi seorang blogger yang terkenal bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah. Sedangkan YB Jeff Ooi pun terpaksa mengambil masa yang lama sebelum membolehkan bidang penulisan ini berjaya membawa beliau ke Dewan Rakyat sebagai Yang Berhormat Jelutong. Mungkin Tun dan beberapa Blogger politician pasca pilihanraya umum yang lalu perlu belajar terlebih dahulu dengan ADUN Seri Setia, YB Nik Nazmi atau MP Balik Pulau, YB Yusmadi Yusof sebelum mampu pergi lebih jauh dalam bidang penulisan ini.
Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Tun kerana berjaya mempunyai blog beliau sendiri. Sekurang-kurangnya, membolehkan orang ramai untuk mendapatkan respon dan pandangan beliau mengenai sesuatu isu yang berlaku. Semoga peranan yang dimainkan oleh blog ini akan digunakan sebaiknya sebagai medium menyampaikan pandangan dan pendirian terhadapap sesuatu perkara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Che Det itu bagi saya tidak mempunyai masalah untuk berblog.
sebelum ini pun dia pernah bercerita tentang blog sebagai wadah maklumat dengan para bloggers.
Che Det sudah menulis jauh lebih lama sebelum saya lahir lagi.
Berbanding dengan Ali Rustam, penulisannya begitu teruk.
Post a Comment