Sunday, May 4, 2008

PERTEMUAN RASMI BERSAMA YB


Baru-baru ini saya berkesempatan bertemu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak,Yang Berhormat Haji Roslan Shaharum di kediamannya di Ipoh pada 3 Mei yang lalu sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 9 malam. Pertemuan ini turut dihadiri wakil daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan penduduk tempatan dan student fronts termasuk wakil pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz yang juga merupakan Exco Pendidikan dan Penyelidikan pertubuhan terbabit.

Pada pertemuan tersebut, beberapa perkara dan masalah turut dibincangkan. Antaranya mengenai agenda perpaduan Melayu dan Nasional, pendirian wakil rakyat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu-isu berbangkit di Negara khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan serta persediaan PR memerintah negara.

Berkenaan isu penurunan harga minyak, harga barang dan pemberian biasiswa secara percuma kepada semua pelajar khususnya di peringkat pengajian tinggi, menurut beliau bidang kuasa tersebut terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun menurut beliau lagi setiap apa yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang lalu akan tetap dilaksanakan sekiranya berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan kelak.

Pada pilihanraya umum yang lalu, beliau mewakili PAS - Pakatan Rakyat memperoleh undi sebanyak 20,015 menewaskan calon daripada UMNO - Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi yang memperoleh undi sebanyak 18,449. Hal ini memberikan kemenangan kepada beliau dengan majoriti 1,566 undi.

1 comment:

Syahidah said...

ehm...wah...semua pertemuan perlu direkod....pertemuan mkn "kfc" xnk rekod ke????...ekekkeke....
do ur job nicely k.....wah...semakin actif berblog...pasni umah awk jd hot spot la ek....hahaha.....< umah sy dh jd " kawasan panas" dh..hahhaha>