Monday, April 28, 2008

JAWAPAN RINGKAS KEPADA BLOGGERS UM

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua bloggers UM atas teguran dan kritikan yang disampaikan khususnya berkenaan masalah dalaman yang menyelubungi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sekarang. Saya secara peribadi amat menghormati dan menghargai setiap kritikan dan pandangan yang kritikal yang telah anda berikan. Tahniah diucapkan!

Pada hakikatnya, media merupakan medium yang paling berkesan dalam menentutkan keunggulan seseorang pemimpin. Melalui teguran dan kritikan yang diberikan sebenarnya berkeupayaan membimbing seseorang itu ke arah jalan yang lurus dan tidak terus dinodai dengan keselesaan dan perasaan "syok sendiri" sepertimana yang digembargemburkan.

Ini kerana, teguran dan kritikan yang tajam juga merupakan jalan yang terbaik bagi mengelakkan seseorang pemimpin daripada terjatuh ke lembah kezaliman dan penindasan. Cuba bayangkan jika tidak ada pengkritik yang berani untuk menegur seseorang pemimpin di atas muka bumi ini, nescaya akan lahirlah lebih ramai lagi pemimpin diktator seperti hitler dan suharto di dunia ini lantaran tidak ada sekelompok manusia yang berani memperbetulkan keadaan.

Oleh itu, pada hemat saya pandangan dan kritikan yang diberikan ini seharusnya konsisten dan lebih bersifat "memperbaiki" demi kepentingan semua pihak. Kepada sesiapa yang masih tidak mempunyai blog mereka sendiri,gunakanlah kesempatan ini sebagai medium untuk menyampaikan pandangan anda.

Semoga usaha untuk memperjuangkan kebebasan bersuara dan media di negara tercinta ini akan terus berkekalan serta mencapai kejayaan yang membanggakan.

"PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA"

1 comment:

Syahidah said...

sy rs tiada jawapan kepada blogger UM...it just ur opinion towards their comments..ntah la..i think la....
tp xpe...keep on doing the blog...mayb the day of " hak bersuara" mahasiswa will come..huuuhu...
< so kenal x sape ni??hehhe...>
do take care k....