Friday, May 9, 2008

SIDANG MEDIA DI LOBI PARLIMEN


MEMORANDUM GERAKAN MAHASISWA MANSUHKAN AUKU (GMMA) KEPADA AHLI PARLIMEN

Pada 8 Mei yang lalu, saya dan rakan-rakan berkesempatan menghadiri sidang media bersama wartawan untuk menyerahkan memorandum kepada anggota Parlimen daripada pelbagai parti politik bagi mendesak pemansuhan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dan digantikan dengan Student's Act sepertimana yang telah digagaskan.

Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)dibentuk untuk memperjuangkan agenda mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). GMMA dianggotai oleh beberapa front gerakan mahasiswa iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Malaysia Youth and Students Democratic Movement(DEMA), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Barisan Bersatu Mahasiswa Negara (BBMN), Law Society IPTA dan Intervarcity Council (IVC).

GMMA melihat sejarah penggubalan AUKU disebabkan beberapa faktor, antaranya kerajaan ingin menyekat dan mengekang aktivisme mahasiswa. Kerajaan melihat gerakan mahasiswa perlu disekat dan dikekang supaya tidak memberi ancaman dan bahaya kepada kerajaan.

Peristiwa demonstrasi Anti Tunku oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969 dan demonstrasi "Papan Tanda" pada 5 Oktober 1970 iaitu pertembungan PMUM dengan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah membuka terlalu banyak kelemahan kerajaan khususnya dalam isu Bahasa Kebangsaan dan pendidikan. Kedua-dua demonstrasi ini dilihat memberi ancaman kepada kerajaan dan perlu ada satu undang-undang untuk menyekat kemaraan gerakan mahasiswa ini.

Setelah berakhirnya sesi sidang media dan dialog bersama beberapa anggota Parlimen, saya juga berkesempatan untuk melihat sendiri sesi perbahasan sidang Dewan Rakyat oleh ahli-ahli Yang Berhormat di ruang tetamu khas. Seterusnya, setelah tamat sesi perbahasan, saya juga sempat bergambar bersama ahli-ahli Yang Berhormat sebagai kenangan. Antaranya seperti YB Mahfuz Omar (Pokok Sena), YB Khairy Jamaluddin (Rembau), dan YB Roslan Shaharum (Bukit Gantang).

2 comments:

Unknown said...

Salam saudara Shahir dan rakan-rakan pembaca yang lain..

Satu permasalahan pokok yang timbul dari AUKU adalah kuasa Jawantankuasa Tatatertib yang seakan-akan tanpa batasanya. Kita sedia maklum yang AUKU bertentangan dengan RULES AGAINST BIAS, yang menjadi teras dalam prinsip keadilan semulajadi. Kuasa Jawatankuasa Tatatertib yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar sesebuah Universiti meliputi:

1- menyiasat,
2- menjalankan pendakwaan,
3- mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
4- membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.

Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut.

Ia berbeza jika kakitangan Universiti yang terdakwa di bawah akta yang sama, mereka boleh mendapatkan seorang peguam untuk membela mereka berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000.Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Undang-undang seperti ini sudah semestinya sukar untuk kita pertimbangkan. Tujuan besarnya adalah untuk menghalang :

1- penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
2- penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Namun ada banyak ruang di dalam turus AUKU yang masih boleh diperdebatkan lagi.

Apapun, saya bukan seorang yang fanatik kepada demokrasi kerana ia sistem ciptaan manusia, dan semua undang-undang yang ditulis berdasarkan sistem ini pada saya amatlah tidak lengkap dan memerlukan penelitian yang amat halus. Acapkali undang-undang digubal untuk menyelesaikan masalah semasa dan malang sekali, ia kekal untuk satu jangka masa yang lama.

kasilahantam said...

Assalamualaikum shahir...Apa pandangan hang Dr. Mahathir keluar Parti..Dia nak masuk PAS ke Atau nak buat parti baru..Keadilan jauh sekali...????