Tuesday, May 6, 2008

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA MB


Pada 4 Mei yang lalu, saya dan rakan-rakan berkesempatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh, Perak.

Majlis gilang gemilang tersebut telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin negeri dan rakyat keseluruhannya. Pada Majlis tersebut juga, setiap hadirin berpeluang dan berkesempatan untuk berkongsi pandangan dan mengutarakan permasalahan yang berlaku.

Pada pilihanraya umum yang lalu, beliau yang bertanding atas tiket PAS - Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang selepas menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,474 undi.

No comments: